May 16, 2013

Macamane saya boleh terjebak dalam Silver ni?


Asalnya sy mula tahu mengenai emas  adalah ketika harganya naik pada tahun 2011. Kecoh semua orang ketika itu kan sebab harga emas naik mendadak. Ketika itu barulah saya tahu tentang pelaburan emas. Itupun berdasarkan perbualan semasa kawan-kawan dan rakan sekerja.

Kemudian saya google pasal pelaburan emas ni. Yelah macamana nak dptkan keuntungan dari simpan emas. Siapa tak nak duit weh? 

Tapi biasalah saya. Nak tahu dahulu tapi tidak tahu nak beli emas kat mane. Duit dlm simpanan pun bukannyer banyak sangat. Jadi saya jadi pemerhati biasa sahaja.

Kemudian apabila Maybank menawarkan akaun emas dimana kita boleh beli emas dalam kuantiti 1g barulah saya mendaftar. Ketika itu niat di hati nak simpan 1g tiap tiap bulan.

Dah dapat akaun emas hari-hari saya buka website Maybank nak tengok rate emas. Naik ke turun? haha bila difikirkan kembali seperti ketagihan pulak nak tengok rate emas Maybank ketika itu.

Dalam masa yang sama saya cari info info tentang bilakah waktu untuk harga emas naik dengan tinggi. Kemudian saya terjumpa tentang silver apabila mereka yang melabur dalam emas turut melabur dalam silver.
Malahan saya ada terklik link ke page ikram adi aka pakar silver. Terus saya daftar di mailing list dia untuk dapatkan preview ebook dia.

Setelah saya dapat email daripada saudara ikram adi hampir setiap hari mengenai pelaburan silver, saya terus yakin dengan silver dan potensi yang boleh diberikan.

Malahan milikan silver saya sekarang lagi banyak dari emas tau.

Tapi saya masih banyak lagi yang perlu tempuh dalam perjalanan menjadi pelabur Silver ni.

No comments: