May 16, 2013

Apakah itu spot, premium dan spread..



Untuk memulakan pelaburan perak jangka masa panjang, kita kena tahu tentang spot, premium dan spread. Ini adalah penting bagi mengira keuntungan yang boleh diperolehi dan juga penting ketika membuat pilihan untuk membeli perak.

a) SPOT

Spot atau dengan bahasa mudah adalah harga mentah. Harga mentah dari lombong ibarat segar dari ladang. Harga spot ini banyak di paparkan di akhbar mahupun website-website perak yang lain.

Harga spot bole didapati dari website
atau
http://www.kitco.com/ (dalam USD)

b). PREMIUM

Premium adalah merupakah perbezaan harga perak yang dikenakan ke atas pembeli. Semestinya pembeli harus membayar untuk kos upah, cukai, kos penghantaran dan sebagainya.

Sebagai contoh

harga spot 1oz Silver RM 75
harga beli 1oz Silver RM 89

maka harga premium adalah RM 89 - RM 75 = RM14
dan % premium adalah RM 14 / RM 75 = 18.6 %

Perbezaan premium Silver yang tinggi dengan premium yang rendah adalah kualiti Silver tersebut. Premium yang tinggi menjanjikan kualiti tempaan yang cantik berbanding premium yang rendah.

Sebagai langkah permulaan untuk melabur dalam Silver, beli premium yang rendah dahulu seperti Silvertowne, Sovereign dll.

Silver yang mempunyai premium yang tinggi kadang kadang merupakan keluaran limited edition seperti Panda.

Silver yang mempunyai premium yang tinggi boleh juga dijual pada kadar harga yang tinggi.

c) SPREAD

Spread pula adalah perbezaan Harga Jual dan Harga Beli dari syarikat.

Contohnya syarikat perak sdn bhd telah menawarkan harga tersebut untuk 1oz Silver

Harga Jual RM 89
Harga Beli RM 80

Maka spread adalah RM 89 - RM 80 = RM 9
% spread adalah RM 9 / RM 89 = 10.1 %

Kita juga perlu mencari % spread yang rendah bagi mendapatkan nilai yang berbaloi bagi Ringgit yang dikeluarkan.

Kadang kala spread untuk 1kg Silver lagi rendah dari spread 1oz Silver meskipun dikeluarkan oleh syarikat yang sama. Tetapi harus diingat bahawa 1oz Silver lagi senang dijual kemudian nanti berbanding 1kg Silver.

*** Oleh kerana penurunan harga spot silver secara mendadak di Bulan April menyebabkan premium silver menjadi tinggi.

*** Buy Low Sell High. Harga Silver sekarang adalah murah dan mampu milik. Maka mulakan langkah pertama untuk membeli Silver sebagai simpanan jangka masa panjang.

Kalau berminat untuk mengetahui tentang pelaburan Silver, sila layari http://ikramadi.jomniaga.com/go/erzeeraa/

Ingat lindungi kewangan kita dari sekarang dengan berdikit-dikit menyimpan Silver.

Wallahu'Alam