May 17, 2013

Kenapa Silver bukan emas?

Ramai tanya saya mengenai prospek Silver ini. Adakah sama dengan emas? Bila harganya akan naik? Untung ke beli Silver ni?

Begini kalau nak tahu Silver ni diibaratkan seperti adik kepada emas. Kalau harga emas mencanak naik, harga Silver pun begitu juga. Kalau harga emas menjunam jatuh ke gaung, si adik pun turut serta jatuh. Malahan kebanyakan konsep pelaburan emas boleh dipakai untuk pelaburan Silver.

Malahan Silver turut dikatakan seperti 'Emas orang miskin'. Mengapa pulak begitu kan. Ini kerana sebab sebab dibawah -->

a) Harga Silver yang sangat mampu milik. Sebagai contoh harga sekarang untuk 1oz (31.1gram) Silver coin dalam rm82. Tetapi harga untuk 1g emas bar rm 135.  Ha kan mampu milik tu untuk kuantiti yang lagi banyak dari emas.

b) Peratusan kenaikan harga Silver selalunya lebih tinggi dari emas tau. Contohnya kalau emas naik 20%, Silver akan naik dalam 40%.

c) Dahulu ketika wang kertas masih bersandarkan pada emas, ratio emas kepada Silver adalah 1:16. Kiranya perlukan 16 oz Silver utk dapatkan 1oz emas. Sekarang rationya adalah 1:62. Ini menunjukkan harga Silver adalah undervalue.

d) Emas kebiasaannya disimpan untuk perhiasan.  Tidak hilang kuantitinya berbanding Silver. Ini kerana Silver digunakan dalam industri untuk membuat perkakasan dapur, barang2 elektronik dan pelbagai lagi. Ini menunjukkan tentang kegunaan Silver lebih meluas dari emas. Maka akan datang industri perkilangan memerlukan lebih banyak Silver dan akn menyebabkan harga Silver akan meningkat.

No comments: