Iya beli Silver pun boleh buat silap kalau tiada ilmu yang cukup. Walaupun Silver adalah penyimpan harta kita agar tidak dimamah oleh inflasi. Sebab itu sebelum mulakan apa-apa pelaburan, kenelah ada pengetahuan asas walaupun sedikit. Saya cuba senaraikan kesilapan-kesilapan yang boleh sesiapa lakukan, semoga dengan ini dapat mengelakkan saya dan pembaca lain melakukannya.
1) Beli terburu-terburu atau ikut kawan.
Kalau beli terburu-buru atau ikut kawan boleh. Siapa kata tak boleh. Tapi kene tanya dulu kawan tu mengenai Silver, kebaikan Silver dan bagaimana boleh dapat untung. Kalau main ikut je, lepastu rugi, ha terus hilang kawan. Lagi baik kita tidak membeli Silver jika tiada ilmu langsung tentang Silver. Dalam apa pelaburan pun, kena tahu perkara asas mengenai pelaburan tersebut untuk mengurangkan risiko kerugian.
Kesimpulannya, rajinlah membaca tau. Dapat ilmu dan membantu kita juga untuk tempoh masa panjang. Nanti saya buat list blog-blog yang bagus untuk dikunjungi bagi membaca mengenai Silver. Ataupun secara alternatif boleh sahaja beli ebooks mengenai Pelaburan Silver. Yelah kalau tiada masa nak baca blog atau baca penulisan saya. Jimat masa dan tidaklah mahal harga ebooks ni pun. Kadang-kadang kene melabur (masa atau wang) untuk ilmu dahulu sebelum benar-benar menjadi pelabur yang berjaya. InsyaAllah.
Untuk pengetahuan, saya habiskan masa setahun juga membaca mengenai pelaburan Silver (secara perlahan-lahan) sebelum yakin untuk menulis agar bermanfaat kepada semua. Oh dalam masa yang sama saya turut juga beli ebooks mengenai '5 teras pelaburan Silver' penulisan saudara Ikram Adi supaya saya ada pemahaman yang mendalam.
2) Beli Silver guna duit simpanan semasa.
Yang ini tersangatlah bahaya. Sebab harga Silver akan berubah naik turun. Maka jika Silver dibeli dengan banyaknya menggunakan duit simpanan semasa;
Sebagai contoh bulan Mac habiskan RM 1,000.00 untuk beli Silver. Kemudian tiada simpanan untuk kecemasan (simpanan semasa), dan kebetulan pula berlaku kemalangan dan terpaksa membaiki kereta pada bulan April, dah terpaksa jual Silver pada harga RM 900.00 kerana harga Silver turun pada bulan April. Ha kan rugi disitu.
Jangan risau kalau dah pernah terbuat kesilapan ini. Sebab sebenarnya saya pun pernah buat perkara begini. Saya beli kuantiti yang banyak ketika masa nak kahwin tahun lepas, dan akhirnya terpaksa jual semula dengan harga yang murah bagi menampung perbelanjaan kahwin. Iya suatu kesilapan yang saya terpaksa terima dengan Redha. Sekurang-kurangnya saya belajar dari kesilapan dan tidak akan pisang berbuah untuk kali kedua lagi.
Sebab itu pentingya memahami asas pelaburan Silver dan jangan melakukan kesilapan no 1 seperti di atas. Kerana kalau terbuat silap no 1 di atas akan menyebabkan kita terbuat silap no 2 ini.
Tidak memahami konsep buy low sell high.
Dalam mana mana pelaburan pun haruslah membeli harga yang rendah dan menjual dengan harga yang tinggi. Dengan kata lain harga jual lagi banyak dari harga beli. Maka untuk itu haruslah kita mempunyai ketahanan yang tinggi supaya tidak menjual simpanan Silver. Sebab itu saya tekankan mengenai beli Silver dengan duit simpanan jangka masa panjang atau duit untuk simpan lupa.
Jangan pula buat yang sebaliknya ok. Beli waktu harga tinggi dan jual waktu harga rendah. Rugi rugi rugi.
1 comment:
x543视讯交友网 , 影音视讯 , 色情视讯 , 后宫视讯 , mfc视讯 , 免费视讯美女网站 , 影音视讯聊天 , ut聊天视讯辣妹聊天室 , 恋爱ing视讯 , ut聊天室,视讯美女,免费视讯交友
Post a Comment