Nov 27, 2012

Kalau itu benar hidupku..

Disuatu pagi..
Memakai skirt labuh dan kemeja poloj biru berbunga-bunga mini..
Menyemburkan wangian Daisy tanda kasih kawan sehidup semati..
Mengenakan selendang biru bayi (baby blue) sambil mencuba style2 ala remaja terkini..
Menyolek ringkas wajah yang tiada bekas-bekas noda jerawat..

Membuka pintu lalu masuklah cahaya mentari pagi ke dalam rumah..
Berjalan ke luar berkaki ayam..
Menghirup udara segar sambil memejamkan mata..
Kedua tangan diangkat ke atas tanda puas..
Kepala mendongak ke langit..
Lalu perlahan-lahan mata dibuka..

Melihat awan putih bergantungan di langit biru..
Lalu bibir mengukir senyuman..
Tanda bahagia..

Kalau itu benar hidupku..

:)

*smile*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Post a Comment