Sep 11, 2009

Repek Hari Jumaat

aku enggang.. kau pipit..
aku terbang tinggi di angkasa..
kau hanyalah pipit kecil di bawah sana..

tapi

usahla kau merasa rendah..
usahla kau merasa tidak setanding..

aku rela.. terbang bersamamu
terbang rendah bersama mu.

tidak sesekali aku terfikir
aku hebat di udara
tidak terlintas di hati
kau ada kelemahan

sanggup aku sanggup
turun dan terbang bersamamu
agar sama rendah senantiasa

akan tetapi..
mahukah kau terbang sama tinggi dengan ku?
mahukah kau bangga di sisi ku merentasi langit biru?

kerana
aku masih lagi enggang
yang bisa terbang tinggi
tidak mungkin aku langsung menjadi pipit
Post a Comment