Dah berhabuk dan bersarang blog ni.
Dulu aku ingat dengan bisnes, kita ada banyak masa.
Masa untuk diri sendiri, masa untuk family, masa untuk kawan-kawan.
Realitinya nak dapatkan apa yang kita mahu, perlukan pengorbanan.
Bila mula berbisnes, hari-hari kerja hari-hari cuti. Kena ada banyak give and take.
Dalam banyak-banyak pengorbanan, korbankan masa adalah yang paling perit sekali.
Namun, itulah hakikatnya. Nak tak nak, janji pada orang kena deliver. Sudah janji harus tunaikan.
Aku doakan semua yang membaca sihat walafiat dan maju jaya.
Doakan sekali kejayaan aku dunia dan akhirat ok.
Fatimah Al-Zahra Bt Naamat
No comments:
Post a Comment